Pages

Friday 29 November 2013

Cuti Bersama Keluarga di Pulau Pangkor

Assalamualaikum,

Cuti Bersama Keluarga kali ini membawa anda ke tempat-tempat yang menarik di Pulau Pangkor. Mula-mula pilih antara Jeti Lumut (20-30 minit perjalanan) atau Jeti Marina Island (10-15 minit perjalanan). Kat bawah nih jadual perjalanan dari Jeti Marina Island ke Pulau Pangkor.

Jadual Perjalanan Feri dari Jeti Marina Island ke Pulau Pangkor
Harga Membership Seumur Hidup Marina Island: RM10
 Perjalanan Tiket Pergi dan Balik bagi 1 orang : RM10
Masa Perjalanan: 10 minit sahaja


1. Batu Bersurat
Batu Bersurat nih dekat aje dengan Kota Belanda, Teluk Gedong. Atas batu nih ada gambar harimau yang tengah makan sesuatu. Cuma dekat sini tiada penerangan tentang sejarah batu ini.

2. Kota Belanda
 Kota Belanda, Teluk Gedong nih tempat simpanan bijih timah masa zaman penjajah Belanda dulu.

3. Tembok Besar Cina Mini
Tembok mini ini terletak di Foo Ling Kong, dibuat di belakang tempat keagamaan.

4. Galeri Pangkor
Galeri Pangkor ini terletak sebelum dari Foo Ling Kong. Jadi boleh singgah dahulu di sini.
Terdapat gambar, artifak, sejarah berkenaan Pulau Pangkor.

5. Pantai-pantai yang Cantik
Boleh juga mandi-manda, berkelah, bersantai ditepi pantai. Jangan lepaskan peluang terutamanya di PANTAI TELUK NIPAH. Kedai makan banyak dan sesuai untuk mandi-manda. Tapi gambar yang kat bawah nih kat Pantai Teluk Gedong. =)